2009年6月6日

我的年中考国语作文。。。。

我的年中考国语作文。。。。(这不是佳作,只是我个人的考试答案)

Bahagian B
2) Kes kehilangan anak-anak pada hari ini semakin membimbangkan.Peranan keluarga amat penting bagi mengurangkan masalah ini.
Tuliskan sebuah rencana tentang langkah-langkah institusi keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak mereka.

Langkah-langkah Institusi Keluarga Dalam Menjamin Keselamatan Anak -Anak
Oleh Goh Shu Hui

Malaysia yang telah menghadapi pascakemerdekaan sedang berusaha untuk menuju ke era modenisasi. Hal ini merupakan hal yang amat menyenangkan hati kita. Malangnya,pada masa yang sama ,negara kita juga menghadapi satu masalah yakni kes kehilangan anak-anak yang meningkat seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.Hal ini ibarat duri dalam daging. Tidak dinafikan bahawa kes kehilangan anak-anak sering menghiasi dada media cetak ataupun "terjerit-jerit" melalui corong radio. Adakah kita mahu fenomena ini berlaku tanpa kawalan ? Jika tidak ,apakah langkah-langkah drastik yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah itu?

Sebenarnya, pelbagai langkah yang boleh dilakukan oleh institusi keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak mereka. Dalam pascaperisdustrian dan pascaglobansasi ini, kebanyakan ibu bapa bekerja bertungkus-lumus semata-mata untuk mengejar kekayaan dan kemewahan. Mereka yang bersikap individualistik can materialistik ini telah terlupa akan peranan mereka sebagai nakhoda kapal bagi anak-anak mereka.Dengan ini , anak yang ketandusan dan kehausan kasih sayang akan berasa tersisih dan keluar dari rumah. Dengan inilah meraka dapat mengambil peluang untuk berkenalan dengan orang luar. Hal ini memang menyebabkan keselamatan anak-anak terjejas. Mereka yang masih tidak mempunyai kematangan mental akan diasuh dan dibawa ke tempat lain.

Sebenarnya, ibu bapa tidak boleh bersikap bagai enau dalam berlukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka hendaklah sedar bahawa sebarang kemewahan di dalam alam fana ini tidak dapat dibawa ke alam baqa. Ibu bapa bolehlah meluangkan masa untuk menemani anak-anak mereka tidak kira betapa sibuk dengan kerja. Ibu bapa bolehlah meluangkan masa untuk menemani anak mereka untuk menonton televisyen, bersenam, membaca, melancong ke tempat bersejarah, ataupun apa-apa aktiviti yang berfaedah. Dengan ini, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak dapat dijalin. Sehubungan itu, anak-anak tidak akan keluar dari rumah dan melakukan apa-apa yang berbahaya dan keselamatan mereka dapat dijamin.

Menurut statistik, anak-anak yang hilang biasanya berasal dari keluarga yang porak-peranda. Ada antara mereka yang mempunyai ibu bapa yang sering bergaduh di rumah, ada juga antara mereka yang merupakan ibu bapa yang merupakan kaki botol, kaki judi, dan sebagainya. Anak-anak akan sentiasa dalam ketakutan jika berada dalam keluarga yang sedemikian. Oleh itu, mereka akan cuba untuk tidak pulang ke rumah itu. Mereka akan melepak di pusat beli-belah, di pusat hiburan, ataupun di siber kafe . Di situlah, mereka akan dipengaruhi oleh orang yang berniat jahat dan mungkin dibawa ke tempat lain. Dengan inilah kes kehilangan anak berlaku lagi. Oleh itu, ibu bapa yang merupakan aset institusi keluarga perlulah mewujudkan instusi keluarga yang bahagia dan penuh dengan kasih sayang. Ibu bapa sendiri perlulah mengamalkan kehidupan harian yang sihat dan menjauhkan diri daripada aktiviti buruk untuk dijadikan contoh bagi anak-anak mereka. Ibu bapa tidak boleh seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul.

Sehubungan itu, kehilangan anak-anak yang semakin membimbangkan ini disebabkan oleh anak yang kurang diberikan kesedaran tentang memberikan pengawasan terhadap orang yang baru dikenali. Orang pernah berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlulah menerapkan kesedaran terhadap anak-anak mereka sejak kecil lagi supaya meggelakkan diri daripada orang yang baru dikenali. Anak-anak perlulah tahu bahawa mereka mempunyai hak untuk menolak sebarang keinginan yang keterlaluan. anak-anak perlulah mengatakan "tak nak" pada masa yang sesuai terhadap orang yang baru dikenali. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengajar anak mereka supaya tidak menerima rokok ataupun minuman yang diberikan oleh orang luar. Hal ini kerana kemungkinan barangan ini telah dicampurkan dengan dadah.

Di samping itu, ibu bapa mestilah memberikan perhatian terhadap kawan anak-anak mereka. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Anak-anak mereka mungkin dipengaruhi oleh kawan sebaya yang mempunyai niat jahat. Aanak mereka mungkin tidak tahu membezakan apa yang patut dan tidak patut dibuat oleh mereka. Dengan inilah kawan mereka yang berniat jahat boleh bekerjasama dengan orang luar untuk membawa anak-anak itu ke tempat lain. Hal ini amat membahayakan.

Tuntasnya, pelbagai langkah boleh dilakukan oleh institusi keluarga untuk membendung

masalah kehilangan anak-anak dan menjamin keselamatan mereka. " Pemuda harapan bangsa, pemidi tiang negara". Anak-anak merupakan aset negara pada masa hadapan. Oleh demikian, anak-anak perlukan dijaga dan dilundungi oleh institusi keluarga dengan seperti menatang minyak yang penuh. Semua lapisan masyarakat juga perlulah berganding bahu untuk mengatasi masalah ini dan tidak menuding jari kepada orang lain apabila nasi sudah menjadi bubur. Dengan ini, barulah Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri kita tidak akan menjadi omong-omong kosong.

这是我一字一句打出来的哦~~~请大家给给意见哟,谢谢大家^^

8 鼓励 ^.^:

Canon In D 1909 说...

i have read ur essay..and ur chances of getting A1 is like a piece of cake..but i heard tht the syllabus has changed and di samping itu cannot be used for the first sentence...

Goh Shu Hui 说...

oooh.....
thanks for reading my eassay n thanks for your comment ^^

映玲yeeling510 说...

wah..shu hui your essay really good..i think your malay sure got chance to get A1 already..
i hope my malay can get A1 also because i hav interest at this subject..hope my dream will come true ba..hehe..i think i may also write my essay at my blog liao..

GohShuHui 说...

oooooooooooo,
thanks yeeling...
but my eassay not good at all lah.....
juz type 4 fun only .....
haha.....
u sure can do it !!!
i believe^^

yongyeo 说...

u essay is really are so good..>.< wish u can got a good result in the SPM^^ JUST WAN SAY 'GOGO JIA YOU' for u.....>.<

lawrence 说...

hi , i like ur essay.. its really good .

潔鈺『J.Yu』 说...

wa。。。essay good o..so admire tat u can write a nery nice essy...tommerow i gt mid year exam...haizzzzz....i still cant believe myself whether i can gt A- or not..scare...haha ..

匿名 说...

from what i see,you're not answer what question want and you only gave about your opinion.